Assalamualaikum kepada para pembaca MAO..... Dah lama saya tak bersama para pembaca .... sekarang saya sedang sibuk dengan persiapan PMR yang kurang dari 80 hari ... Nak kata bersedia tu tak la sepenuhnya tapi insyallah saya akan berusaha sebaik mungkin...... :)
Smile4Ever....
Friday, 27 July 2012
Wednesday, 6 June 2012
Keindahan Senyuman
1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Jadi bermurah lah kita dengan senyuman.. kerana setiap senyuman membawa kebaikan.... Senyum selalu.. Assalamualaikum.. Tata Yang Penting Smile 4Ever....15. Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.
Sahabat penyeri kehidupan...
Assalamualaikum kepada para pembaca MAO.. Hari ini saya nak share pasal sahabat.....
Sahabat adalah orang yang palaing rapat dengan kitajadi janganlah kita menjatuhkan air muka sahabat kita. Nabi kita juga berpesan agar mengasihi saudara kita sendiri bukan mencerce tentang dirinya.
Bukan ini yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan.
Jadi wahai para pembaca sekalian janganlah kita menjadi seseorang yang tidak menghargai sahabat. Kerana jika kita kesunyian kita akan memerlukan seseorang untuk meluah segalanya. Sekian Assalmualaikum.. Tata yang Penting SMILE 4Ever.....
Tuesday, 5 June 2012
Hari Guru SMK Bandar Tasik Kesuma Beranang
Pada 25 Mei yang lalu SMK Bandar Tasik Kesuma terlah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah...
Sayalah orang yang mesti nak buat persembahan .. kalau tak.. tak sah hidup......
Sayalah orang yang mesti nak buat persembahan .. kalau tak.. tak sah hidup......
Ni Time Latihan.......
Nyanyian Guru Malaysia
Ni Time Persembahan Choral Speaking
Ni Band Form 5
Ni Orang suara paling sedap dalam sekolah..
Yang baju biru lelaki tu saya.... Hensemkan.. *perasan...*
Tapi tahun tak semeria tahun lepas sebab hari pon huja lepas tu abang-abang form 6 yang handle pada haritu tak seSPORTING abang form 6 tahun lepas..... Okaylah sampai sini saja... Tata.. Assalamualaikum.. yang penting.. SMILE 4Ever....
Kefajar UiTM Shah Alam...
Assalamualaiku kepada Para pembaca Al-Hamdulilah... Ini Entry ke-3 saya untuk hari ni....
Hari ni saya Share pasal kursus motivasi pelajar yang berlansung di sekolah saya pada 2 bulan yang lepas.. Tapi kali ni tak ada gambar..... Tapi saya ada ni pasal kelab Fasilitator Pelajar UiTM (KEFAJAR)
Hari ni saya Share pasal kursus motivasi pelajar yang berlansung di sekolah saya pada 2 bulan yang lepas.. Tapi kali ni tak ada gambar..... Tapi saya ada ni pasal kelab Fasilitator Pelajar UiTM (KEFAJAR)
Ni Video Dia...
Credit to Kak Nurul ...
Ni pon Abang-Abang fasi yang sporting.. main rumah-rumah
NI pulak barisan fasilitator yang berkebolehan
Mesti banyak sekolah yang nak buat program motivasi lagi-lagi untuk para pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar.... Try la Jemput fasi-fasi ni datang sekolah.. Sure Best....
Time abang-kakak ni datang sekolah hari tu memang best... diorang layang student macam adik sendiri yang penting enjoy...... So sekian saja untuk hari ini... Okay tata... Yang Penting Smile 4Ever....
Subhannallah.... Indahnya kurniaan Allah
Mungkin ramain di kalangan Para pembaca pernah menonton Video ini.... tetapi bagi saya inilah kali pertama saya menonton video klip ini.
Semoga Allah memberi kita kemerduan suara seperti Syeikh Hani Ar-Rafaai..... Insyaallah.... Sekian Tata yang penting Smile 4Ever...
Semoga Allah memberi kita kemerduan suara seperti Syeikh Hani Ar-Rafaai..... Insyaallah.... Sekian Tata yang penting Smile 4Ever...
Most Ever Boring Days....
Assalamualaikum kepada para pembaca MAO yang setia.... Bila cuti sekolah semua orang mesti ingat seronok... tapi tidak bagi saya...
Kerja saya cuti-cuti ni makan tidur... kalau rajin keluar cycling..... Itulah lumrah hidup... manusia tidak lepas dari lumrah dunia....
Kalau pra pembaca ada apa-apa yang nak dikongsi untuk menghilang kebosanan jom ke fanpage MAO untuk kita bergembira......
Okaylah sekian saja.. untuk kali ini untuk menghilangkan kebosanan..... Yang Penting SMILE 4Ever.... Tata Assalamualaikum....
Kerja saya cuti-cuti ni makan tidur... kalau rajin keluar cycling..... Itulah lumrah hidup... manusia tidak lepas dari lumrah dunia....
Kalau pra pembaca ada apa-apa yang nak dikongsi untuk menghilang kebosanan jom ke fanpage MAO untuk kita bergembira......
Okaylah sekian saja.. untuk kali ini untuk menghilangkan kebosanan..... Yang Penting SMILE 4Ever.... Tata Assalamualaikum....
Subscribe to:
Posts (Atom)