Wednesday 6 June 2012

Keindahan Senyuman




1.     Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
3.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
7.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawanpenyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
10.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
12.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
14.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
15.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.
Jadi bermurah lah kita dengan senyuman.. kerana setiap senyuman membawa kebaikan.... Senyum selalu.. Assalamualaikum.. Tata Yang Penting Smile 4Ever....


Sahabat penyeri kehidupan...

Assalamualaikum kepada para pembaca MAO.. Hari ini saya nak share pasal sahabat.....


Sahabat adalah orang yang palaing rapat dengan kitajadi janganlah kita menjatuhkan air muka sahabat kita. Nabi kita juga berpesan agar mengasihi saudara kita sendiri bukan mencerce tentang dirinya.

Bukan ini yang diperlukan dalam sesebuah persahabatan.

Jadi wahai para pembaca sekalian janganlah kita menjadi seseorang yang tidak menghargai sahabat. Kerana jika kita kesunyian kita akan memerlukan seseorang untuk meluah segalanya. Sekian Assalmualaikum.. Tata yang Penting SMILE 4Ever.....


Tuesday 5 June 2012

Hari Guru SMK Bandar Tasik Kesuma Beranang

Pada 25 Mei yang lalu SMK Bandar Tasik Kesuma terlah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah...

Sayalah orang yang mesti nak buat persembahan .. kalau tak.. tak sah hidup......

Ni Time Latihan.......

Nyanyian Guru Malaysia

Ni Time Persembahan Choral Speaking

Ni Band Form 5

Ni Orang suara paling sedap dalam sekolah..


Yang baju biru lelaki tu saya.... Hensemkan.. *perasan...*

Tapi tahun tak semeria tahun lepas sebab hari pon huja lepas tu abang-abang form 6 yang handle pada haritu  tak seSPORTING abang form 6 tahun lepas..... Okaylah sampai sini saja... Tata.. Assalamualaikum.. yang penting.. SMILE 4Ever.... 

Kefajar UiTM Shah Alam...

Assalamualaiku kepada Para pembaca Al-Hamdulilah... Ini Entry ke-3 saya untuk hari ni....

Hari ni saya Share pasal kursus motivasi pelajar yang berlansung di sekolah saya pada 2 bulan yang lepas.. Tapi kali ni tak ada gambar..... Tapi saya ada ni pasal kelab Fasilitator Pelajar UiTM  (KEFAJAR)


Ni Video Dia...


Credit to Kak Nurul ...

Ni pon Abang-Abang fasi yang sporting.. main rumah-rumah

NI pulak barisan fasilitator yang berkebolehan



Mesti banyak sekolah yang nak buat program motivasi lagi-lagi untuk para pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar.... Try la Jemput fasi-fasi ni datang sekolah.. Sure Best....
Time abang-kakak ni datang sekolah hari tu memang best... diorang  layang student macam adik sendiri yang penting enjoy...... So sekian saja untuk hari ini... Okay tata... Yang Penting Smile 4Ever....


Subhannallah.... Indahnya kurniaan Allah

Mungkin ramain di kalangan Para pembaca pernah menonton Video ini.... tetapi bagi saya inilah kali pertama saya menonton video klip ini.



Semoga Allah memberi kita kemerduan suara seperti Syeikh Hani Ar-Rafaai..... Insyaallah.... Sekian Tata yang penting Smile 4Ever...

Most Ever Boring Days....

Assalamualaikum kepada para pembaca MAO yang setia.... Bila cuti sekolah semua orang mesti ingat seronok... tapi tidak bagi saya...

Kerja saya cuti-cuti ni makan tidur... kalau rajin keluar cycling..... Itulah lumrah hidup... manusia tidak lepas dari lumrah dunia....


Kalau pra pembaca ada apa-apa yang nak dikongsi untuk menghilang kebosanan jom ke fanpage MAO untuk kita bergembira......

Okaylah sekian saja.. untuk kali ini untuk menghilangkan kebosanan..... Yang Penting SMILE 4Ever.... Tata Assalamualaikum....



A Day With daddy to Istana negara...

Beberapa minggu lepas saya telah mengucapkan selamat datang kepada telefon bimbit Terbaru Saya Samsung Corby 2 dan mengucapkan selamat tinggal kepada Sony Ericcsson saya..
Inilah Samsung Corby 2 saya yang terbaru berharga RM 270.00 sahaja..

Setelah membelinya di MINES Seri Kembangan saya telah telah bergerak ke Istana Negara lama di Jalan Istana. Saya dapat melihat pelbagai barangan diraja melalui Pameran Raja Kita. Inilah kali pertama kali saya berkunjung ke Istana. Saya apa lagi pusing la satu Istana ... memang satu benda yang saya tak pernah tengok.. memang jakun la jawapannya.

haha.. Muka berminyak sikit...

Kalau Chandelier ni kat rumah MESTI BEST..!!

  Depan Istana... Besar Pagar ni... *jakun.*

Tapi sehari jalan-jalan dengan abah memang best sebab haritu pun memang dah on the way nak ke rumah paksu dekat Kuala Kubu Bharu. Ok la... Setakat ni je Sharing Is Caring session kita tata Assalamualaikum.. yang penting Smile 4Ever.... 




D' Tekala 2

Assalamualaikum kepada raeapembaca MAO.. harap-harap semuanya sihat selalu..... dan yang penting
Smile 4ever.

Al-hamdulillah hari ni saya ke Sungai Tekala buat kali kedua buat mengubati kebosanan di rumah. Kali pergi dengan ayah lagi sebab mak saya bekerja.


Bersandar..posting konon Handsome... : P

Spot ni Cantik setip kali datang mesti duduk atas benda ni....

Kali ni saya takpergi saja-saja.. saya balun air tu habis-habisan.... hehe.. kali ni duduk spot cantik sikit sebab dekat dengan air terjun. Sebab saya cari spot dekat air terjun nak urut badan. Sebab air terjun tu deras kalau kena badan tak ke lega sengal-sengal sendi.

Ni la kita kata Mother Nature Spa .... LAYAN...!!

Hari ni penat sikit. Tapi for sure best giler mandi tu rasa hilang penat 5 bulan sekolah.. haha... Sebenarnya setiap ciptaan yang Maha-Kuasa ada hikmahnya. *Ceeit... nak usik Refleksologi semalam la tu... : P

Sebab dia ciptakan air terjun buat kita... sebagai punca air.. tapi yang pasti untuk mengubati penyakit kita....
Air Terjun yang deras tu akan jatuh deat badan kita. Kalau kena spot dia.. Insyaallah... penyakit tertentu dapat diubati.....

Muka Orang tak jaga muka macam tu lah.. sampai naik jerawat....

Menanti Santapan... : D

Main Air...

Hari ni memang penat tapi demi para pembaca saya kongsikan segalanya di Sini... Sekian saja celotoh untuk hari ini.... Yang Penting Smile 4Ever okay..... Tata Assalamualaikum...



Monday 4 June 2012

Refleksologi....



Teknik Uruta

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan . SEJAK kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.

 “Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Karen berkata, apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.


“Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing,” katanya.Beliau berkata, bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.


“Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.“Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik,” katanya.

Fan Page MAO

Assalmualaikum kepada para pembaca MAO ... Al-hamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kini Blog Muhammad Afiq Omarudin Sudah mempunyai fan Page Tersendiri unutk memudahkan para pembaca mendekati saya melalui facebook. Insyallah segala permasalahan kita dapat dikongsi bersama .....

Fan Page Muhammad Afiq Omaruddin

Sunday 3 June 2012

Sakit Tekak.. Ais Krim melegakannya...

Assalamualaikum kepada para pembaca MAO mungkin korang dah lama cari saya manalah updated post...
Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan Jun bila bulan jun misti dalam kepala otak DURIAN... HOLIDAY.. yang pasti DEMAM macam saya.

Hari ini saya nak share tip kalau batuk nak buat apa ..? Kalau dulu saya ajar guna coke.. tapi kali ni saya nak ajar guna ais-krim....

Dalam kes ni kita boleh guna apa saja jenis "ICE-CREAM" nama CREAM.. mesti yang CREAMMY ok.. bukan yang macam aiskrim Malaysia tu.....



So contohnya macam ais-krim kat atas ni lah.... Tapi cara very simple.. makan 3 kali sehari tapi dengan cara suap lepas tu kulum sampai cair..... kan.... SO SIMPLE...

SELAMAT MENCUBA...... tapi kalau teruk sangat jangan lupa jumpa doktor bye..... Assalamualaikum...