Friday 17 February 2012

Novel Sulung Saya... Tiada Lagi Erti Cinta...

     Assalamualaikum...W.B.T...

   Kepada pembaca yang saya sayangi... Saya bakal menerbitkan sebuah buku yang berjudul Tiada Lagi Erti Cinta.. tulisan saya sendiri ...


Ashraff merupakan anak kepada seorang tokoh koporat yang berjaya, tetapi dia merahsiakan identitinya daripada pengetahuan umum. Dia telah membuka hatinya untuk bercinta buat kali kedua selepas 2 tahun pemergian Zulaikha cinta hati pertama Ashraff. Zulaikha menghidap penyakit talesemia. Zana telah berjaya mendapat tempat di hati Ashraff. Tetapi hatinya terluka dengan kehadiran Shafiq sebagai orang ketiga. Akhirnya mereka memutuskan hubungan mereka. Tetapi apabila mereka menigkat dewasa, mereka telah menyambung pelajaran ke Univesiti Malaya. Cinta antara Ashraff dan Zana kembali berputik.

Amira mencintai Ashraff tetapi secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa. Dia telah memendam perasaan Ashraff sejak di bangku persekolahan walaupun bentuk badan Ashraff tidak ubah seperti seekor anak gajah. Amira tidak pernah memikirkan tentang rupa paras mahupun harta walaupun dia tahu Ashraff merupakan anak bongsu kepada pasangan Tan Sri Hisyam dan Puan Seri Arnida.

Hati Ashraff sekali lagi dilukai oleh Zana kerana Zana telah kembali kepada Shafiq bekas teman lelakinya. Kerana hatinya telah dilukai buat kali kedua dia nekad untuk tidak mencinta dan tidak dicintai. Ashraff telah membawa dirinya menyambung pelajaran di KAIST 'Korea Advanced Institute of Science & Technology'

"Ash..awak betul ke nak pergi..."

"Ha'ah, aku dah nekad"

"Awak jaga diri ok.."

"Aku nak tanya, kenapa kau ambil berat pasal aku?"

"Saja sebagai kawan tak boleh?"

"Thans again. Kenapa kau nangis nanti aku balik. Dah la nanti aku miss flight"

"Ash saya.. ada benda nak cakap dekat awak.."

"Apa dia..?"

"Saya...saya..."

"Dah la , aku dah lambat dah ni...apa-apa hal kau inbox aq kat FB okay"

apabila Ashraff mengatur langkah pergi dan bayangannya hampir hilang dari pandangan.

"Sa..Saya cintakan awak Ash...!" Laung Amira dengan nada sebak

langkah Ashraff terhenti lalu melangkah kembali ke arah Amira

"Betul kau cintakan aku?" "Saya dah lama cintakan awak sejak zaman kita sekolah lagi. saya tahu hati awak dah tertutup untuk bercinta sekali lagi kan? Tapi percayalah Insyaalah saya akan dapat bahagiakan awak"

"Kenapa sebelum ni kau tak pernah berterus-terang dengan aku"

"Saya tak nak kacau hubungan awak dengan Zana, saya nak tunggu, saya tahu masanya akan tiba.."

Ashraff merasakan ada sesuatu perasaan yang cuba merenggut tangakai hatinya apabila merenung ke dalam anak mata Amira. Tidak lama selepas itu Tan Sri Hisyam dan Puan Seri Arnida datang untukmengiringi putera bongsunya berangkat ke Korea Utara.

"Kalau betul kau cintakan aku? Mesti kau sanggup tunggu aku macam mana kau tunggu aku sebelum ni?"

Amira terkelu mendengar kata-kata yang keluar daripada kata-kata Ashaff. Ashraff barlalu pergi untuk ke balai perlepasan.

"Saya akan tunggu awak Ash...!!"

Langkah Ash terhenti dan melemparkan senyuman...

~ Jika ingin mengetahui penghujung cerita Tiada Lagi Erti Cinta nantikan novel karya Muhammad Afiq pada pertengahan tahun ini insyaalah doaka perjalan novel ini berjalan lancar~

3 comments: